Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar arah tutup khidmat internet tanpa wayar

entera Myanmar telah menutup khidmat internet tanpa wayar di negara itu bagi satu tempoh yang tidak dinyatakan, menurut syarikat telekom Ooredoo pada Khamis (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar arah tutup khidmat internet tanpa wayar

Penunjuk perasaan bersedia berdepan polis. (Gambar-gambar: AP)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 07:26PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 07:32PM

YANGON: Tentera Myanmar telah menutup khidmat internet tanpa wayar di negara itu bagi satu tempoh yang tidak dinyatakan, menurut syarikat telekom Ooredoo pada Khamis (1 Apr).

Tindakan terbaru junta tentera itu dibidas hebat oleh puluhan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut negara-negara itu tindakan tersebut mencabuli hak kebebasan bersuara rakyat Myanmar termasuk di wadah online.

Sejak lebih dua minggu lalu, pihak junta juga telah menggantung data telefon bimbit manakala khidmat internet ditutup sepanjang malam sudah hampir 50 hari.

Ini bermakna kebanyakan rakyat Myanmar kini hanya boleh menggunakan internet menerusi khidmat talian tetap.

Namun kebanyakan mereka tidak mempunyai khidmat sedemikian.

MOGOK BUNGA TENTANG RAMPASAN KUASA TENTERA

Dalam pada itu para penduduk bandar Yangon mengadakan "mogok bunga" hari ini (2 Apr) bagi memperingati mereka yang maut dalam tunjuk-tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera.

Bunga diletakkan di tempat-tempat perhentian bas di mana para penunjuk perasaan terkorban akibat tindakan kekerasan pasukan keselamatan.

Sejauh ini lebih 540 orang dilaporkan terbunuh dalam siri tunjuk perasaan yang meletus sejak tentera menggulingkan pemerintahan awam pada 1 Februari lalu.

Pihak tentera berkata mereka yang terbunuh itu adalah pencetus keganasan.

Sumber : Agensi berita/MU/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan