Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Korea Selatan hampir cecah 10 juta

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Jumlah kes baru COVID-19 Korea Selatan melonjak cecah lebih 350,000 hari ini (22 Mac), sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa kes jangkitan boleh melonjak sekali lagi, sedang jumlah terkumpul kes COVID-19 menghampiri 10 juta. 

Sebanyak 353,980 kes baru dilaporkan di negata itu setakat tengah malam. Ini membawa jumlah terkumpul kes COVID-19 kepada 9,936,540, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Jumlah terkumpul kes itu dijangka mencecah angka 10 juta hari ini dan bermakna bahawa satu daripada lima penduduk Korea Selatan sudah dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Yonhap. 

Angka hari ini naik secara mendadak berbanding 209,169 kes yang dilaporkan pada Isnin (21 Mac). Jumlah kes baru harian lazimnya berkurangan pada permulaan minggu disebabkan kurang ujian yang dilaksanakan pada hujung minggu. 

Angka kematian akibat COVID-19 berada pada 13,141, naik 384 berbanding Isnin (21 Mac), menurut KDCA. 

Seramai 1,104 pesakit sakit tenat, turun 26 berbanding Isnin. 

Terdapat keprihatinan bahawa jumlah kes harian boleh melambung sekali lagi, sedang pemerintah melonggarkan langkah-langkah jarak sosial pada Isnin sebagai sebahagian usaha untuk membantu kedai runcit dan pemilik perniagaan mengharungi kesan pandemik. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan