Jumlah tapak kebakaran Sumatra naik 14 kali ganda dalam 10 hari; Malaysia beri amaran jerebu
Pulau Sumatra di Jakarta menyaksikan kenaikan mendadak dalam jumlah kebakaran hutan dan tanah, dengan bilangan tapak kebakaran melonjak dari 94 kepada lebih 1,000 dalam masa 10 hari.
Beberapa penunggang motosikal berlaku kawasan yang dijilat api kebakaran di padang tanah gambut di Ogan Ilir, Sumatera Selatan pada Ahad (20 Jul). (Gambar: AP/Muhammad Hatta)
Sebanyak 1,292 tapak kebakaran dikesan di daerah itu, menurut laporan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) pada Isnin (21 Jul).
Tapak-tapak kebakaran adalah imej satelit dengan keamatan inframerah yang tinggi, yang menunjukkan sumber haba yang tinggi seperti kebakaran hutan dan tanah.
Di rantau itu, wilayah Riau terjejas teruk oleh kebakaran hutan dan tanah gambut, dengan sebanyak 582 tapak kebakaran dikesan di kawasan itu.
Ini berbanding hanya 38 tapak kebakaran dilaporkan pada 12 Julai.
"Trend (jumlah tapak kebakaran) semakin meningkat kerana Riau memasuki kemuncak musim kemarau dan intensiti hujan dan pertumbuhan awan semakin berkurangan," kata Irwan Nasution, penyelaras BMKG di wilayah Riau kepada Mediacorp.
Daerah Rokan Hilir dan wilayah Sumatera Utara juga terjejas teruk oleh kebakaran, dengan 244 dan 236 kebakaran masing-masing dikesan di kedua-dua kawasan itu, menurut laporan pada 21 Julai oleh BMKG.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB) menyatakan ia akan melakukan pembenihan awan bagi mengatasi kebakaran hutan di Riau pada 21 hingga 27 Julai.
Kepala Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Abdul Muhari berkata langkah-langkah tambahan seperti helikopter yang menggugurkan air serta rondaan udara bagi memantau kebakaran akan dikerahkan ke Riau sebagai sebahagian daripada langkah pembenihan awan dan usaha mitigasi kebakaran, menurut laporan di laman agensi tersebut.
Kebakaran di Indonesia biasanya berlaku disebabkan teknik 'tebas dan bakar' untuk membersihkan tanah bagi tanaman seterusnya, serta musim kemarau yang memburukkan lagi keadaan.
Menurut Pusat Pemantauan Khusus ASEAN, cuaca kering juga dilihat di kebanyakan kawasan di selatan ASEAN bermula 20 Julai.
Selain daripada beberapa bahagian di Sumatera Utara, tapak kebakaran juga dikesan di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Jabatan Meteorologi Malaysia, MetMalaysia menerbitkan makluman pada 19 Julai mengenai jerebu rentas sempadan.
Ia menyatakan tapak kebakaran di Sumatra yang dirakam menerusi pengimejan satelit pada Jumaat lalu dan dilaporkan oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN mungkin menyumbang kepada jerebu yang dibawa oleh angin dari arah barat daya.
Ia menambah jerebu itu menjejas beberapa wilayah di pantai barat Semenanjung Malaysia, dengan pihak agensi itu tidak menjangkakan sebarang perubahan pada cuaca atau arah angin yang boleh mengurangkan kesannya pada hari-hari mendatang.
Pada pagi Isnin, lapan lokasi di Malaysia mencatat bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat.
Alor Gajah di Melaka merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, dengan bacaan 160.
Mediacorp sudah pun menghubungi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi mendapatkan komen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.