Jumlah tapak kebakaran di Indonesia turun kepada 365
Jumlah tapak kebakaran hutan dan tanah di seluruh Indonesia menurun kepada 365 setakat Isnin (28 Sep) berbanding 559 sehari sebelumnya, menurut Kementerian Perhutanan.
Anggota pasukan bomba sukarela wanita, The Power of Mama (TPoM), menyemburkan air ke kawasan tanah gambut yang masih berasap di Mensubuk Lama, Desa Tanjungpura, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat pada 26 September 2026. (Gambar: AFP)
- Indonesia's Ministry of Forestry reported that the number of forest and land fire sites fell to 365 as of Monday, compared with 559 a day earlier.
- Ristianto Pribadi said Central Kalimantan recorded a sharp decline, while South Kalimantan, West Kalimantan and Riau also showed improvement.
- However, South Sumatra and Jambi saw increases, causing firefighting operations to remain focused on areas where the numbers are still high or rising.
- Peatland areas are being given attention because fires can remain hidden there, while 61 aircraft have been prepared for patrols, weather modification and water bombing.
- Kementerian Perhutanan Indonesia melaporkan tapak kebakaran hutan dan tanah turun kepada 365 setakat Isnin, berbanding 559 sehari sebelumnya.
- Ristianto Pribadi berkata Kalimantan Tengah mencatat penurunan besar, manakala Kalimantan Selatan, Kalimantan Barat dan Riau turut mencatat keadaan lebih baik.
- Namun Sumatra Selatan dan Jambi meningkat, menyebabkan operasi pemadaman terus difokuskan di kawasan yang masih tinggi atau bertambah.
- Kawasan tanah gambut diberi perhatian kerana api boleh tersembunyi, sementara 61 pesawat disiapkan untuk rondaan, modifikasi cuaca dan bom air.
Ketua Biro Perhubungan Awam dan Kerjasama Antarabangsa kementerian tersebut, Ristianto Pribadi berkata Kalimantan Tengah mencatat penurunan paling ketara dalam kalangan enam wilayah, daripada 134 kepada 37 tapak kebakaran.
Kalimantan Selatan pula turun kepada empat daripada 25, manakala Kalimantan Barat merekodkan sifar berbanding 11 sebelum ini. Riau kekal mencatat sifar tapak kebakaran.
Bagaimanapun, Sumatra Selatan meningkat kepada 96 tapak kebakaran daripada 29, tertinggi dalam kalangan enam wilayah tersebut, manakala Jambi naik kepada 25 daripada lima.
Encik Ristianto berkata perhatian khusus terus diberikan kepada kawasan tanah gambut kerana kebakaran boleh berlaku di bawah permukaan walaupun kebakaran di atas tanah kelihatan telah padam.
“Operasi pembasahan dan penyejukan perlu diteruskan sehingga kawasan berkenaan benar-benar selamat,” kata beliau.
Encik Ristianto menjelaskan operasi memadam kebakaran terus ditumpukan di kawasan yang mencatat peningkatan atau jumlah tapak kebakaran yang masih tinggi, khususnya Sumatra Selatan dan Kalimantan Tengah.
Sebanyak 61 pesawat turut disiap siaga bagi operasi padam kebakaran, dengan 17 digunakan untuk rondaan dan operasi modifikasi cuaca, manakala 44 lagi bagi operasi memadam kebakaran menggunakan kaedah bom air.
Daripada jumlah tersebut, 55 pesawat ditempatkan di enam wilayah keutamaan dan enam lagi menyokong operasi di kawasan lain yang terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.