Skip to main content

Dunia

Jumlah rekod keluar mengundi di Hong Kong dalam Pilihan Raya Majlis Daerah

Pilihan Raya Majlis Daerah Hong Kong berjalan lancar sejak dimulakan pada 7.30 pagi tadi (24 Nov). Jumlah pengundi yang keluar mengundi pula dipercayai jauh lebih tinggi daripada semasa pilihan raya yang sama empat tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah rekod keluar mengundi di Hong Kong dalam Pilihan Raya Majlis Daerah

Para penduduk beratur di luar sebuah pusat undi di Hong Kong pada 24 Nov 2019 (Gambar: Reuters/Adnan Abidi)

Diterbitkan : 24 Nov 2019 06:20PM Dikemas Kini : 24 Nov 2019 06:23PM

HONG KONG: Pilihan Raya Majlis Daerah Hong Kong berjalan lancar sejak dimulakan pada 7.30 pagi tadi (24 Nov).

Jumlah pengundi yang keluar mengundi pula dipercayai jauh lebih tinggi daripada semasa pilihan raya yang sama empat tahun lalu.

Pilihan raya kali ini yang pertama diadakan sejak bantahan besar-besaran antipemerintah Hong Kong bermula pada Jun lalu dan masih berterusan.

Banyak pihak menganggapnya sebagai pungutan suara mengenai tahap sokongan rakyat kepada kepimpinan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Selepas beliau mengundi, Cik Lam berjanji pemerintahnya akan mendengar dengan lebih teliti dan memberi lebih banyak sumber kepada para anggota majlis-majlis daerah.

Pilihan Raya Majlis Daerah dianggap penting kerana 117 anggotanya akan turut terlibat dalam proses memilih Ketua Eksekutif Hong Kong nanti.

Bagi pilihan ini seramai 1,104 orang calon bertanding untuk merebut 452 kerusi majlis-majlis daerah. Bilangan calon itu adalah yang tertinggi.

Begitu juga dengan jumlah 4.1 juta orang yang mendaftar sebagai pengundi.

Sehingga lewat petang hari ini, 47.26 peratus sudahpun membuat pilihan mereka, melebihi rekod 47.01 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya 2015.

Pengundian berterusan sehingga 10.30 malam ini dan keputusan awal dijangka diketahui sebelum tengah malam nanti.

Majlis-majlis daerah yang baru akan mula berkhidmat pada Januari depan.

Sumber : Reuters/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita