Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah penduduk Myanmar merosot kepada 51.3 juta, menurut laporan banci 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penduduk Myanmar merosot kepada 51.3 juta, menurut laporan banci 2024

Ketua Tentera Myanmar Min Aung Hlaing. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 01 Jan 2025 06:59PM Dikemas Kini : 01 Jan 2025 07:26PM
NAYPYIDAW: Junta tentera Myanmar menerbitkan hasil laporan banci 2024, sedang mereka melakukan persiapan bagi satu pilihan raya umum yang dijanjikan pada tahun ini.

Menurut banci tersebut, jumlah penduduk Myanmar merosot kepada 51.3 juta - sedikit lebih kecil berbanding 10 tahun yang lalu, dan jauh lebih rendah daripada anggaran Bank Dunia, iaitu sebanyak 54.5 juta.

Banci yang diadakan pada penghujung tahun lalu itu bakal digunakan untuk menyusun senarai pengundi untuk pilihan raya umum, namun tidak melibatkan kaum minoriti Rohingya.

Ketua Tentera Myanmar Min Aung Hlaing berjanji dalam ucapan sempena Tahun Baru 2025 - akan menganjurkan pilihan raya yang "bebas dan adil."

Tetapi, kumpulan pembangkang mengutuk ucapan tersebut secara meluas dan menyifatkannya sebagai satu penipuan.

Myanmar berdepan dengan kemelut politik sejak awal 2021, apabila tentera mengguling pemerintah awam yang dipilih dan menindas tunjuk perasaan pro-demokrasi dengan ganas, sekali gus mencetuskan pemberontakan bersenjata di seluruh negara.

Tentera itu memerangi para pemberontak, bergelut untuk mentadbir dan mengurus ekonomi yang kian menyusut, yang sebelum ini dilihat sebagai satu pasaran sempadan yang berpotensi sebelum jeneral tersebut menamatkan demokrasi tentatif selama sedekad.
Sumber : Reuters/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan