Jumlah penduduk Jepun merosot bawah 120 juta buat kali pertama dalam 42 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai melintasi Persimpangan Shibuya di Jepun. (Gambar: Bernama)
TOKYO: Jumlah penduduk Jepun menjunam bawah 120 juta buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun kepada 119,736,483 orang pada awal tahun ini, menurut kerajaan Jepun pada Rabu (29 Jul), sekali gus menyerlahkan cabaran yang dihadapi negara tersebut dalam menangani kadar kelahiran yang semakin merosot.
Angka setakat sehingga 1 Januari 2026 itu menunjukkan penurunan sebanyak 917,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Ini sekali gus mencatatkan penurunan terbesar sejak data seumpamanya mula dicatat pada 1968, lapor Kyodo News yang menukil data Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun.
Sementara itu, jumlah penduduk asing meningkat sebanyak 354,000 orang kepada rekod 4,031,159 orang. Kementerian itu mula mengumpulkan data berkaitan pada 2013.

Sumber : Bernama/Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.