Jumlah penduduk Jepun catat penurunan besar kepada 120.3 juta
Anggaran Waktu Membaca:

Orang berlindung dengan payung di bawah matahari yang terik di sebuah taman di Tokyo, pada 8 Jul 2024. (Gambar: AP/Eugene Hoshiko)
TOKYO: Jumlah rakyat Jepun yang tinggal di negara itu mencatatkan kemerosotan besar sebanyak 898,000 orang kepada 120.3 juta penduduk setakat Oktober 2024, menurut data rasmi pada Isnin (14 Apr).
Kadar kelahiran di Jepun adalah antara yang terendah di dunia, iaitu satu trend yang menyebabkan tenaga kerja semakin menguncup di negara itu, dan kurangnya pengguna serta perniagaan perlu bergelut untuk merekrut pekerja.
Ia adalah penurunan terbesar yang pernah direkodkan bagi rakyat Jepun sejak kerajaan negara mula mengumpul data pada 1950, menurut kementerian ehwal dalam negeri.
Kerajaan Jepun sudah pun cuba menawarkan bantuan kepada pasangan muda yang ingin memiliki zuriat tetapi merasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan demikian disebabkan oleh isu kewangan, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi.
"Kami faham bahawa penurunan kadar kelahiran masih berterusan kerana ramai orang yang mahu membesarkan anak-anak mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka," katanya dalam satu taklimat media pada Isnin.
Jumlah penduduk Jepun termasuk warga asing juga merosot sebanyak 550,000 orang kepada 123.8 juta - iaitu kemerosotan berturut-turut selama 14 tahun.
Ini sedang negara itu gagal untuk menangani isu kronik dalam kemerosotan penduduk.
Ramai orang muda di Jepun menangguhkan untuk mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata atas beberapa sebab, seperti daripada keterjaminan pekerjaan yang rapuh hingga ke nilai sosial yang semakin memberi kurang penekanan terhadap perkahwinan.
Jepun kini bergantung kepada golongan muda dalam kalangan warga asing sebagai sumber tenaga kerja, namun kerajaan Jepun mengekalkan dasar imigrasi yang ketat, di mana ia hanya membenarkan warga asing bekerja di negara itu hanya buat sementara waktu.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.