Jumlah penduduk Islam di Sepanyol naik 10 kali ganda sepanjang 30 tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Anadolu Agency
MADRID: Setiausaha Suruhanjaya Islam Sepanyol berkata jumlah penduduk Islam di Sepanyol meningkat 10 kali ganda sepanjang 30 tahun lalu, mencecah lebih 2.5 juta orang.
Encik Mohamed Ajana memberitahu agensi berita Anadolu bahawa menurut data rasmi, terdapat 2.5 juta penduduk Islam di negara itu, namun data tidak rasmi menunjukkan ada sekitar 3 juta penduduk Islam di Sepanyol.
Encik Ajana menambah penduduk Islam di Sepanyol yang sebelum ini dilihat sebahagian besarnya terdiri daripada pendatang asing, kini mempunyai tempat penting dalam kalangan rakyat Sepanyol.
Menurutnya, lebih sejuta penduduk Islam di negara itu merupakan rakyat Sepanyol, sebahagian daripada mereka merupakan pendatang asing dan yang lainnya warga tempatan.
Encik Ajana berkata sebilangan besar pendatang itu berasal dari Maghribi, Pakistan, Bangladesh, Senegal, dan Algeria dengan kebanyakannya tinggal di kawasan perindustrian seperti Catalonia, Valencia, Andalusia dan Madrid.
Beliau juga berkata terdapat 53 persekutuan Islam yang menawarkan khidmat kepada masyarakat Islam di Sepanyol, serta 2,000 masjid di negara itu.
Meskipun jumlah penduduk Islam semakin meningkat, masyarakat itu masih berdepan masalah mendapatkan permit dan lesen untuk membina masjid.
Terdapat juga hanya 40 kawasan perkuburan Islam di negara itu, cabaran pendidikan dalam pengetahuan Islam dan juga Islamofobia.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.