Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah penduduk dunia cecah 8 bilion: PBB

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penduduk dunia cecah 8 bilion: PBB

Orang ramai semasa perayaan Ganesh Chaturthi di Mumbai pada 9 September 2021.(Gambar hiasan: Sujit Jaiswal / AFP)

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah penduduk dunia akan mececah 8 bilion orang pada Selasa (15 Nov).

Unjuran itu pertama kali didedahkan dalam laporan Ramalan Penduduk Dunia PBB 2022, yang diterbitkan sempena Hari Penduduk Dunia pada 11 Julai lalu.

Namun laporan itu kian menjadi tumpuan kerana tarikh yang diramalkan pada Selasa dan pelbagai cabaran yang dihadapi dunia.

Ia termasuk pandemik global, perang di Ukraine, kemiskinan dan kebuluran yang meningkat serta krisis iklim yang kian genting.

Menurut PBB, sekitar separuh penduduk dunia tinggal di Asia, dengan sebahagian besarnya di India dan China.

Jumlah penduduk di kedua-dua negara itu meningkat sebanyak lebih 100 juta orang dalam tempoh 10 tahun lalu.

China kekal di tempat teratas, dengan sekitar 1.43 biliion penduduk.

Namun, India dijangka melepasi China pada 2023 dan meningkat kepada 1.68 bilion menjelang 2050, walaupun kadar kesuburannya dijangka merosot.
 
Sumber : AGENCIES/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan