Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah penduduk AS dijangka cecah 332 juta jelang Apr 2021

Jumlah penduduk Amerika Syarikat (AS) dijangka mencecah 332.5 juta menjelang April tahun depan, lapor agensi berita Sputnik yang memetik Biro Bancian Amerika Syarikat dalam kenyataannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penduduk AS dijangka cecah 332 juta jelang Apr 2021

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 12:17PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 12:19PM

WASHINGTON: Jumlah penduduk Amerika Syarikat (AS) dijangka mencecah 332.5 juta menjelang April tahun depan, lapor agensi berita Sputnik yang memetik Biro Bancian Amerika Syarikat dalam kenyataannya.

"Biro Bancian Amerika Syarikat mengeluarkan anggaran penduduk pada 1 April 2020 adalah seramai 332.6 juta," menurut kenyataan itu pada Selasa.

"Jumlah ini adalah sebahagian daripada pelbagai jangkaan... Ia bukan daripada Banci 2020 tetapi adalah hasil Analisis Demografi."

Biro Bancian menjelaskan anggaran itu bukanlah rumusan rasmi memandangkan pengiraan rasmi bancian nasional yang dimulakan awal tahun ini masih berlangsung.

Analisis itu adalah berdasarkan rekod kelahiran dan kematian, data mengenai migrasi antarabangsa dan rekod Medicare tetapi tidak termasuk data daripada Banci 2020, yang bergantung kepada pengumpulan tindak balas daripada isi rumah, menurut kenyataan itu lagi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan