Jumlah pelawat asing dibenar masuk Jepun dinaikkan seganda bulan depan

Gambar: AFP
TOKYO: Jepun akan menggandakan had ketibaan warga asing kepada 20,000 sehari mulai bulan depan, menurut jurucakap kerajaan Jepun pada Jumaat (20 Mei).
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno memberitahu sidang media bahawa para pelawat daripada kebanyakan negara, sekitar 80 peratus daripada keseluruhan pelawat asing ke Jepun, tidak perlu menyerahkan hasil negatif ujian COVID-19, ataupun dikuarantin sebaik tiba di negara itu, lapor Reuters.
Ini termasuk para pelawat dari semua negara anggota G7.
Jepun menyambut ketibaan pelawat perniagaan, pelajar asing dan ahli akademik tetapi bukan pelancong, kecuali jumlah terhad dalam pakej pelancongan yang sedang dirintis sekarang.
Encik Matsuno berkata pengalaman melalui ujian perintis itu akan digunakan untuk membuat keputusan semasa membuka sempadan selanjutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.