Jumlah orang dilaporkan hilang dalam kebakaran hutan California lonjak lebih 600
Jumlah orang yang disenaraikan hilang dalam salah satu kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California sudah melonjak kepada lebih 600, menurut pihak berkuasa pada Khamis (15 Nov).

Kebakaran hutan di California. (Gambar: Sharon Bernstein/Reuters)
PARADISE, California: Jumlah orang yang disenaraikan hilang dalam salah satu kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California sudah melonjak kepada lebih 600, menurut pihak berkuasa pada Khamis (15 Nov), setelah 7 lagi mayat dijumpai oleh pasukan penyelamat.
Menurut Syerif Daerah Butte, Kory Honea, jumlah orang yang dilaporkan hilang sudah meningkat lebih seganda dalam sehari kepada seramai 631, sedang para penyiasat kembali memeriksa panggilan kecemasan yang dibuat semasa kebakaran itu tercetus minggu lalu.
Tujuh mangsa itu membawa jumlah korban keseluruhan kebakaran hutan California kepada 63 orang.
Sekurang-kurangnya tiga lagi orang meninggal dunia di selatan California dalam satu lagi kebakaran yang dipanggil Woolsey Fire.
Presiden Donald Trump akan melawat Califonia pada Sabtu (17 Nov) untuk bertemu dengan para mangsa kebakaran hutan yang dipercayai yang paling dahsyat dalam sejarah negeri itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.