Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mingguan kes COVID-19 di Australia meningkat

Anggaran Waktu Membaca:

CANBERRA: Australia melaporkan kenaikan pada jumlah mingguan kes koronavirus. 

Dalam kemas kini mingguan data COVID-19, Jabatan Kesihatan pada Jumaat (4 Nov) melaporkan terdapat purata 5,300 kes baru yang dilaporkan setiap hari di seluruh negara tersebut sepanjang minggu lalu, lapor agensi berita Xinhua. 

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding purata 4,891 kes sehari yang dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 28 Oktober. 

"Sepanjang minggu lalu, 37,097 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh Australia," menurut jabatan tersebut dalam satu kenyataan. 

Di New South Wales dan Victoria, dua wilayah yang menempatkan lebih 50 peratus penduduk Australia, purata jumlah kes harian meningkat lebih 20 peratus. 

Data tersebut dikeluarkan sedang pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahawa Australia bakal mengalami satu gelombang baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu lagi. 

Ketua Pegawai Kesihatan New South Wales, Kerry Chant, pada Khamis (3 Nov) berkata subvarian BQ.1 dan XBB Omicron mungkin menjangkaui BA.5 sebagai varian dominan di Australia. 

"Dengan semua maklumat dalam negara yang ada dan keadaannya di luar negara, kami percaya jumlah kes COVID-19 akan meningkat pada minggu-minggu mendatang," katanya. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan