Jumlah mangsa kebuluran cecah 821 juta tahun lalu
Keadaan cuaca yang melampau menjadi penyebab utama masalah kelaparan yang semakin buruk di kalangan wanita, bayi dan warga tua tahun lalu.
ROME, ITALY: Keadaan cuaca yang melampau menjadi penyebab utama masalah kelaparan yang semakin buruk di kalangan wanita, bayi dan warga tua tahun lalu.
Menurut laporan terbaru PBB, jumlah hujan yang semakin bertambah, selain keadaan kemarau, ribut dan banjir sudah menyebabkan jumlah orang yang kelaparan mencapai 821 juta pada 2017.
Ini berbanding 804 juta mangsa kebuluran pada 2016.
Benua Afrika disebut sebagai kawasan paling terjejas dengan 59 juta mangsa dari 24 buah negara, memerlukan bantuan kemanusiaan.
Jumlah mangsa kebuluran juga naik buat kali ketiga berturut-turut dan mengulangi jumlah yang dicatatkan 10 tahun lalu.
Dan 75 peratus mangsa tinggal di Asia.
Satu lagi masalah yang mendapat perhatian PBB adalah meningkatnya masalah kegemukan di Amerika Utara serta Afrika dan Asia.
Lebih 672 juta orang di merata dunia disifatkan sebagai gemuk.
Namun Britain, Perancis, Norway dan Mexico sudah memperkenalkan cukai ke atas minuman ringan untuk cuba mengatasi masalah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.