Skip to main content

Dunia

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Pahang

Anggaran Waktu Membaca:
KUANTAN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang meningkat kepada 5,015 orang daripada 1,487 keluarga yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah sehingga pukul 10.00 pagi pada Selasa (7 Feb).

Pada pukul 12.00 tengah malam pada Isnin (6 Feb), hanya 21 PPS dibuka di daerah Kuantan dan Pekan, iaitu seramai 3,997 orang daripada 1,166 keluarga, lapor Astro Awani.

Portal Informasi Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kesemua mangsa terdiri daripada 1,550 lelaki, 1,478 wanita, 1,776 kanak-kanak, 219 bayi, 292 warga emas, dan 89 orang kurang upaya (OKU).

Portal berkenaan melaporkan sebanyak 24 PPS dibuka di daerah Kuantan yang menempatkan 4,908 mangsa, manakala empat PPS dibuka di daerah Pekan yang menempatkan 107 mangsa.

"Sebanyak tujuh PPS dibuka di daerah Kuantan hari ini iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Belukar yang menempatkan 247 mangsa, SK Pelindung (52 mangsa), SK Batu 3 (135 mangsa), SK Bunut Rendang (133 mangsa), SK Mat Kilau (100 mangsa), Dewan Mat Kilau (106 mangsa), dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Ubudiah Al Jariah Taman Guru seramai 247 mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (7 Feb) menurut laporan agensi berita Astro Awani.

Di Kuantan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota menempatkan 266 mangsa, Dewan Orang Ramai Sri Damai (150 mangsa), Dewan Dato Manan (406 mangsa), PPS Dewan Serbaguna Jaya Gading (217 mangsa), dan Wisma Belia (355 mangsa).

Selain itu, 224 mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (430 mangsa), Dewan Taman Tas (298 mangsa), SK Wira (197 mangsa), dan Dewan Wawasan JPS Kemunting (151 mangsa).

PPS SK Pandan menempatkan 379 mangsa, Balai Raya Kampung Pahang (30 mangsa), SK Kempadang (132 mangsa), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (394 mangsa), SAR KAFA Jaya Gading (217 mangsa), Dewan Melati Penjara Penor (62 mangsa), dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (lapan mangsa).

"Manakala di Pekan pula, PPS Seri Terentang menempatkan 10 mangsa, SK Tanah Putih (15 mangsa), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (70 mangsa), dan SK Sri Maulana (12 mangsa," katanya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita