Skip to main content

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Sabah makin meningkat; 1 lagi pusat pemindahan sementara dibuka

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah mangsa banjir di Sabah makin meningkat; 1 lagi pusat pemindahan sementara dibuka

(Gambar: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah)

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 386 orang daripada 117 keluarga setakat 8.00 Isnin malam (7 Feb), berbanding 313 orang daripada 96 keluarga, pada sebelah petang. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataannya memaklumkan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan keseluruhan empat PPS beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir setakat ini.

PPS tersebut ialah Dewan Kampung Sinukab yang menempatkan 73 mangsa daripada 21 keluarga, manakala tiga PPS lain masing-masing Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II kekal menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (132 mangsa daripada 35 keluarga); dan Dewan Kampung Kusilad (73 mangsa daripada 20 keluarga).

Semua PPS diaktifkan bagi menempatkan penduduk dari lapan kampung di Pitas yang dinaiki air menyusuli hujan lebat berterusan sejak Ahad (6 Feb). 

Kampung terbabit ialah Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu, Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang dan Kampung Kanibongan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita