Jumlah mangsa banjir di M'sia meningkat kepada 34,788 orang di lima negeri

Tinjauan dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Segamat mendapati beberapa kawasan perumahan dan laluan masih lagi ditenggelami air. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dan air pasang memburukkan lagi situasi banjir di seluruh Malaysia.
Jumlah mangsa kini seramai 34,788 orang daripada 9,735 keluarga setakat pukul 6.00 pagi Jumaat (3 Mac), lapor Astro AWANI.
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 286 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di lima negeri terjejas.
Johor menjadi negeri paling teruk terjejas dengan peningkatan mangsa banjir kepada 31,668 orang daripada 8,835 keluarga.
Sebanyak 239 PPS dibuka di daerah Segamat, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Johor Bharu, Mersing, Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Pahang turut mengalami peningkatan mangsa banjir dengan mencatatkan 1,913 mangsa daripada 554 keluarga.
Daerah yang dibuka PPS adalah di Rompin, Raub, Maran, Jerantut, Pekan dan Bera.
Sementara itu, Negeri Sembilan mencatatkan seramai 1,066 mangsa daripada 303 keluarga dengan 12 PPS dibuka di daerah Tampin dan Jempol.
Melaka pula melaporkan 98 mangsa banjir daripada 25 keluarga yang ditempatkan di empat PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.
Manakala Sarawak membuka dua PPS di daerah Sri Aman dan Sarikei untuk menempatkan 43 mangsa daripada 18 keluarga yang terjejas banjir, menurut Astro AWANI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.