Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Melaka naik, 3 pusat pemindahan sementara dibuka di Alor Gajah

Anggaran Waktu Membaca:

MELAKA: Mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah terus meningkat kepada 179 orang daripada 53 keluarga berbanding 76 mangsa daripada 28 keluarga pada petang Khamis (27 Okt). 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Kamarulsyah Muslim dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan yang diaktifkan pada pukul 1.45 tengah hari Khamis (27 Okt), kini menempatkan 101 mangsa dari 24 keluarga.

Seramai 42 mangsa dari 20 keluarga pula berlindung di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala 36 lagi mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar.

"Ketiga-tiga PPS tersebut diaktifkan selepas enam kawasan iaitu Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput, Pengkalan dan Taman Sri Bayu 2 dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira 3.30 petang tadi yang menyebabkan limpahan air Sungai Tampin,” katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan