Skip to main content

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 54 orang

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor menurun kepada 54 orang setakat pukul 8.00 pagi ini (5 Okt) berbanding 79 mangsa pada Selasa malam (4 Okt).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan pada 5 Oktober memaklumkan dua PPS masih dibuka membabitkan daerah Pontian dan Kluang.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Kluang yang dibuka Ahad lepas (2 Okt), menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga setelah kediaman mereka di Kampung Sungai Linau dinaiki air.

“Sementara itu, di Pontian PPS dibuka di SK Melayu Raya melibatkan 32 mangsa yang berasal dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti,” menurut kenyataan itu.

Banjir kilat di Malaysia berlaku disebabkan hujan lebat turun melebihi dua jam sejak pukul 10.00 pagi Ahad lepas (2 Okt).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita