Skip to main content

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Johor kekal 909 orang

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8.00 pagi pada Rabu (26 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah mangsa banjir di Johor kekal 909 orang

Seorang wanita dan bayinya di sebuah pusat pemindahan sementara di Johor. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Mar 2025 10:38AM Dikemas Kini : 26 Mar 2025 10:39AM
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8.00 pagi pada Rabu (26 Mac). 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa ditempatkan di 10 PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Dr Azmi berkata, "Daerah Batu Pahat mencatatkan 619 mangsa daripada 193 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 290 orang daripada 82 keluarga.” 

Pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor dijangka cerah kecuali di Pontian yang kelihatan mendung pada pagi Rabu.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita