Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus berkurangan

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menunjukkan penurunan kepada 967 orang setakat 8.00 pagi Khamis (23 Mac) berbanding 1,086 yang direkodkan pada 8.00 malam pada Rabu (22 Mac).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Dengan penutupan PPS tersebut, kini hanya tinggal lapan PPS yang masih beroperasi melibatkan 269 keluarga, menurut JPBN.

JPBN turut memaklumkan pada pagi Khamis, tiada sungai yang dicatatkan berada pada paras bahaya.

Cuaca di keseluruhan 10 daerah di negeri itu juga dilaporkan cerah dan tiada hujan dijangka turun.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan Parit Yaani dan Parit Raja, yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir, kini sudah semakin surut.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan