Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat, Segamat kian merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat, Segamat kian merosot

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Mar 2023 11:22AM Dikemas Kini : 19 Mar 2023 11:23AM
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas terus merosot setakat 8.00 pagi pada Ahad (19 Mac).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 17,125 orang masih ditempatkan di 70 PPS, berbanding 19,041 orang di 75 PPS yang dicatatkan pada 8.00 malam pada Sabtu (18 Mac).

"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai dengan 17,123 orang daripada 4,906 keluarga dan Segamat pula hanya dua orang daripada satu keluarga," menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat ketika dihubungi Bernama pada pagi Ahad berkata paras air didapati sudah semakin surut di beberapa kawasan di daerah berkenaan.

"Kita menjangkakan ada lagi kawasan yang pulih dan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan cuaca baik," katanya.

Cuaca di sembilan daerah diramalkan cerah pada pagi Ahad kecuali Kota Tinggi yang dijangka hujan, manakala tiada sungai yang dicatatkan melepasi paras bahaya.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan