Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat merosot kepada 369

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Batu Pahat dilihat semakin pulih selepas jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus merosot kepada 369 orang setakat pukul 4.00 petang ini (24 Mac) berbanding 419 orang pada pukul 8.00 pagi tadi. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ia berikutan 50 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut.

"Keadaan banjir semakin baik, beberapa mangsa dapat pulang dan pembersihan juga telah dilakukan di rumah mereka,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini (24 Mac).

JPBN memaklumkan lima PPS menempatkan 105 keluarga masih beroperasi setakat ini iaitu SK Seri Medan (174 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), Sekolah Agama (SA) Seri Comel (54 orang), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Bertam (enam orang).

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di Johor dilaporkan hujan pada petang ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan