Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah mangsa banjir di 9 negeri Malaysia hampir cecah 120,000

Banjir di seluruh Malaysia kian memburuk, dengan bilangan mangsa banjir di sembilan negeri mencecah 119,525 orang setakat 6.00 pagi hari ini (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Banjir di seluruh Malaysia kian memburuk, dengan bilangan mangsa banjir di sembilan negeri mencecah 119,525 orang setakat 6.00 pagi hari ini (30 Nov).

Kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) merata negara, lapor Astro Awani.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat jumlah mangsa tertinggi, dengan 80,140 orang ditempatkan di 278 PPS di 10 daerah.

Daerah yang terjejas di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Bachok, Kota Bharu, Machang, Jeli dan Gua Musang.

Di Terengganu pula, bilangan mangsa banjir turut meningkat kepada 31,099 di lapan daerah iaitu Setiu, Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

Manakala di Kedah, 4,477 mangsa berteduh di 50 PPS di enam daerah iaitu Kubang Pasu, Sik, Kota Setar, Padang Terap, Kuala Muda dan Pokok Sena.

Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan turut meningkat kepada 2,252 mangsa di empat daerah dan ditempatkan di 24 PPS di daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson.

Sementara di Perlis pula, seramai 488 mangsa banjir dari tiga daerah berlindung di empat PPS di Arau, Kangar dan Padang Besar.

Astro Awani melaporkan mangsa banjir di Selangor adalah sebanyak 476 orang dan setakat ini dua PPS sudah dibuka di Klang.

Di Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 228 orang dan mereka berlindung di enam PPS di tiga daerah, iaitu Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Jumlah mangsa di Perak kekal 20 orang yang berlindung di satu PPS di daerah Kerian.

Sementara di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 336 mangsa yang ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah iaitu Tangkak dan Segamat.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan