Skip to main content

Dunia

Jumlah korban taufan Idai cecah 300 di Mozambique, Zimbabwe

Sekitar 300 orang terbunuh selepas taufan Idai melanda Mozambique dan Zimbabwe, sementara para penyelamat berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terselamat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Mar 2019 08:49PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 11:45PM

BEIRA: Sekitar 300 orang terbunuh selepas taufan Idai melanda Mozambique dan Zimbabwe, sementara para penyelamat berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terselamat.

"Kita sudah mempunyai lebih 200 nyawa yang terkorban dan hampir 350,000 penduduk yang sedang dalam bahaya," kata Presiden Mozambique, Encik Filipe Nyusi pada Selasa (19 Mac).

Sementara itu, pemerintah Zimbabwe menganggarkan sekitar 100 penduduknya terkorban, tetapi jumlahnya yang sebenar mungkin tiga kali ganda daripada anggaran itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), taufan itu adalah yang paling dahsyat melanda selatan Afrika sejak berdekad lamanya, mencetuskan satu krisis kemanusiaan di Malawi, menjejas hampir sejuta penduduk dan memaksa 80,000 penduduk untuk meninggalkan kediaman mereka.

Empat hari selepas dilanda taufan Idai, pasukan-pasukan kecemasan di Mozambique masih melakukan usaha pencarian dengan bot dan helikopter untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dari bumbung-bumbung bangunan dan atas pokok. Kadangkala ia dilakukan pada lewat malam. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita