Skip to main content

Dunia

Jumlah korban bot karam di Langkawi meningkat kepada 29 orang

Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan pada Sabtu (15 Nov) menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 29 orang manakala 14 lagi selamat.
Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah korban bot karam di Langkawi meningkat kepada 29 orang
Satu lagi mayat mangsa bot karam ditemui di perairan Langkawi pada 15 November 2025. (Gambar: Facebook/Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
Diterbitkan : 16 Nov 2025 09:02AM
  • Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan pada Sabtu (15 Nov) menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 29 orang manakala 14 lagi selamat.
  • Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki terdampar di Pulau Singa Besar.
  • Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketujuh pada Sabtu disambung semula pada pukul 7.30 pagi meliputi sektor pencarian seluas 33.86 batu nautika persegi dengan pengoperasian empat aset.
  • "Sepanjang pencarian enam hari sebelum ini, keluasan sektor pencarian adalah 1,355.15 batu nautika persegi," kata beliau.
Dijana oleh AI
ALOR SETAR: Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan pada Sabtu (15 Nov) menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 29 orang manakala 14 lagi selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki terdampar di Pulau Singa Besar.

"Susulan laporan itu, bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan dan dibawa ke jeti APMM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata beliau dalam kenyataan yang dibuat pada Sabtu.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketujuh pada Sabtu disambung semula pada pukul 7.30 pagi meliputi sektor pencarian seluas 33.86 batu nautika persegi dengan pengoperasian empat aset.

Aset terlibat, katanya adalah daripada APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manakala aset agensi lain pula berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu apabila diperlukan.

"APMM bersama semua agensi penyelamat terus komited melaksanakan operasi itu sehingga keseluruhan kawasan pencarian diterokai sepenuhnya.

"Sepanjang pencarian enam hari sebelum ini, keluasan sektor pencarian adalah 1,355.15 batu nautika persegi," kata beliau.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita