Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah korban bangunan runtuh di China meningkat kepada 29

Jumlah mangsa yang terkorban akibat sebuah restoran yang runtuh di bahagian utara China meningkat kepada 29, menurut media tempatan pada Ahad (30 Ogos), setelah usaha mencari para mangsa ditamatkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah korban bangunan runtuh di China meningkat kepada 29

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 03:22PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 03:24PM

BEIJING: Jumlah mangsa yang terkorban akibat sebuah restoran yang runtuh di bahagian utara China meningkat kepada 29, menurut media tempatan pada Ahad (30 Ogos), setelah usaha mencari para mangsa ditamatkan.

Sebuah bangunan dua tingkat di Xiangfen, wilayah Shanxi, runtuh pada pagi Sabtu (29 Ogos) semasa satu majlis sambutan ulang tahun yang ke-80, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Kesemuanya 57 orang diselamatkan daripada runtuhan restoran Juxian itu, dengan puluhan lagi mengalami kecederaan.

Tujuh orang cedera parah namun Xinhua menyatakan kecederaan yang dialami "tidak membahayakan nyawa".

Syarikat penyiar tempatan CGTN menyatakan operasi menyelamat berakhir pada awal pagi Ahad.

Punca kejadian runtuhan belum diketahui dan majlis pemerintah pusat menyatakan ia akan menyelia siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa wilayah.

Rakaman di laman web CGTN menunjukkan bumbung bangunan itu runtuh, sedang peralatan menyelamat digunakan untuk mengalihkan serpihan di tapak runtuhan.

Para pekerja penyelamat yang memakai pakaian khas berwarna jingga dan topi keledar keselamatan memeriksa tapak runtuhan itu sedang sebuah lukisan kekal tergantung pada salah sebuah dinding bangunan yang masih utuh.

Seramai 700 orang terlibat dalam operasi menyelamat, menurut CGTN.

Kejadian bangunan runtuh atau kematian akibat kemalangan di tapak binaan biasa berlaku di China. Pertumbuhan pesat negara itu sering dipersalahkan menyebabkan syarikat binaan mengambil jalan pintas dan melanggar peraturan keselamatan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan