Skip to main content

Dunia

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Perancis cecah lebih 20 juta sejak pandemik mula

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Perancis cecah lebih 20 juta sejak pandemik mula

(Gambar fail: Michel Euler/AP)

Diterbitkan : 04 Feb 2022 11:43AM

PARIS: Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Perancis cecah lebih 20 juta sejak bermulanya pandemik.

Demikian menurut data kementerian kesihatan pada Khamis (3 Feb).

Kementerian kesihatan mencatat 274,352 jangkitan baru pada Khamis (3 Feb). Menurut kiraan Reuters, jumlah keseluruhan yang dicatatkan adalah 20.15 juta. Jumlah kematian terkumpul hampir 132,000.

Kementerian kesihatan tidak mengeluarkan jumlah kes jangkitan sejak pertengahan bulan Januari. Sejak itu, purata tujuh hari jangkitan baru sudah mencapai lebih 300,000 dalam satu hari.


Kes pertama yang dilaporkan di Perancis dicatatkan pada hujung bulan Januari 2020. Jumlah purata tujuh hari jarang mencecah 30,000 dalam sehari sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Namun, dengan munculnya varian Omicron yang lebih mudah berjangkit pada hujung tahun 2021, jumlah purata tujuh hari semakin meningkat dengan lebih 100,000 kes sehari selepas perayaan Krismas. Jumlah keseluruhan kes mencecah lebih 10 juta pada 1 Januari 2022.

Menteri Kesihatan, Olivier Veran berkata awal minggu ini bahawa gelombang jangkitan semakin memuncak dan jangkitan yang disahkan adalah bersamaan dengan suntikan vaksin COVID-19.

Kira-kira 54 juta daripada lebih 67 juta rakyat Perancis kini sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita