Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes sakit teruk penularan Omicron di Afrika Selatan lebih rendah dari gelombang sebelum ini: data awal

Data awal hospital di Afrika Selatan menunjukkan kurang sepertiga pesakit COVID-19 yang dimasukkan semasa gelombang terbaru dikaitkan dengan varian Omicron mengalami penyakit yang teruk, berbanding dua pertiga pada peringkat awal dua gelombang yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes sakit teruk penularan Omicron di Afrika Selatan lebih rendah dari gelombang sebelum ini: data awal

Seorang pesakit COVID-19 di sebuah kemudahan tidak meraih untung di Johannesburg, Afrika Selatan pada 12 Jul 2021. (Gambar: Emmanuel Croset/AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 08:24AM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 08:26AM

JOHANNESBURG: Data awal hospital di Afrika Selatan menunjukkan kurang sepertiga pesakit COVID-19 yang dimasukkan semasa gelombang terbaru dikaitkan dengan varian Omicron mengalami penyakit yang teruk, berbanding dua pertiga pada peringkat awal dua gelombang yang lalu.

Data yang dikeluarkan oleh Institut Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NICD) bagi Tshwane, kawasan metropolitan yang merangkumi Pretoria di mana penularan pertama Omicron disyaki berlaku, menunjukkan 1,633 kes COVID-19 di hospital awam dan swasta antara 14 Nov dengan 8 Dis.

31 peratus daripadanya adalah kes teruk - yakni pesakit yang memerlukan bantuan oksigen atau alat pernafasan berbanding dengan 66 peratus pada awal gelombang kedua pandemik koronavirus dan 67 peratus pada gelombang pertama.

NICD pada hari yang sama mendedahkan data menunjukkan 22,391 kes baru disahkan pada Khamis - jumlah rekod setakat ini dalam gelombang jangkitan keempat ini - namun dengan hanya 22 kematian.

Saintis Afrika Selatan mula-mula memberi amaran tentang varian Omicron lewat bulan lalu, apabila mereka mendapati ia mempunyai bilangan mutasi yang luar biasa banyaknya, terutama pada protein pepaku yang digunakan virus untuk menembusi sel manusia.

Sejak itu, mereka telah berusaha untuk meneliti sama ada mutasi itu menjadikan Omicron lebih mudah berjangkit atau lebih teruk jangkitannya, dan sejauh mana ia menjejas perlindungan yang ditawarkan vaksin atau jangkitan COVID-19 terdahulu.

NICD memberi amaran kajian itu mempunyai beberapa batasan - ia belum lagi dikaji semula oleh pakar lain - dan kes yang teruk boleh meningkat apabila gelombang keempat berlarutan.

Laporan itu juga tidak menyatakan sama ada pesakit yang dikaji sudah lengkap divaksin, jadi tidak jelas sejauh mana perlindungan vaksin yang lebih tinggi mengekalkan gejala lebih ringan.

Bukti awal menunjukkan Omicron jauh lebih mudah berjangkit daripada mana-mana varian sebelum ini, namun gejalanya mungkin kurang teruk, dengan tahap kemasukan ke hospital yang lebih rendah, terutamanya dalam kalangan pesakit yang sudah divaksinasi.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan