Skip to main content

Dunia

Jumlah kes penyakit pernafasan melonjak di China akibat pelbagai patogen

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes penyakit pernafasan melonjak di China akibat pelbagai patogen

Gambar: AFP/Jade Gao

Diterbitkan : 27 Nov 2023 07:38AM
BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan China menyatakan pada Ahad (26 Nov) pelbagai patogen menyebabkan kenaikan mendadak dalam jumlah kes jangkitan pernafasan akut dalam kalangan kanak-kanak.

Jurucakap Pesuruhjaya Kesihatan Kebangsaan China, Mi Feng berkata kenaikan dalam jumlah kes itu didorong oleh virus radang paru-paru serta rhinovirus, adenovirus dan RSV.

Justeru, beliau menggesa kemudahan perubatan China supaya menyediakan maklumat terkini dan tepat pada waktunya mengenai permintaan bagi perkhidmatan pediatrik dan rawatan pesakit luar untuk mereka yang menghidapi demam.

Encik Mi menekankan bahawa usaha seharusnya dilaksanakan bagi menguatkuasaan langkah-langkah pencegahan serta pengawalan epidemik yang berkesan di lokasi-lokasi utama yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai, termasuk sekolah-sekolah, institusi tajaka dan rumah jagaan.

Ini termasuk mengurangkan pergerakan kakitangan dan lawatan ke tempat-tempat tersebut.

Pihak hospital juga dimaklumkan supaya meningkatkan keupayaannya untuk menilai pesakit berdasarkan tahap jangkitan yang dialami.

Ini supaya mereka yang betul-betul sakit dapat diberikan rawatan sewajarnya.

Kumpulan umur yang berbeza terjejas oleh patogen yang berlainan, kata seorang pegawai dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

Wang Huaqing, ketua pakar perancangan imunisasi CDC, berkata jangkitan radang paru-paru mycoplasma kebanyakannya dilihat dalam kalangan kumpulan umur lima hingga 14 tahun, manakala selebihnya kebanyakannya jatuh sakit disebabkan pelbagai jenis virus.

Suruhanjaya itu tidak mendedahkan jumlah kanak-kanak yang terjejas. Beijing bagaimanapun memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis bahawa jumlah kemasukan pesakit ke hospital dan hospital kanak-kanak, dengan radang paru-paru mycoplasma, mula meningkat seawal bulan Mei.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita