Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes penyakit campak naik di India dek tidak divaksin

Anggaran Waktu Membaca:
MUMBAI: Di India, jumlah kes penyakit campak semakin meningkat di wilayah Maharashtra.

Hampir tujuh ribu kanak-kanak sudah dijangkiti.

Di bandar terbesarnya, Mumbai, sekitar 12 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia disebabkan penyakit campak.

Pihak berkuasa sudahpun menggiatkan usaha untuk memberi suntikan vaksin bagi mencegah penularannya.

Dianggarkan kira-kira 20 ribu kanak-kanak di Mumbai tidak mendapatkan suntikan vaksin penyakit campak sejak dua tahun lalu akibat sekatan-sekatan COVID-19.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan ada ancaman serius penularan penyakit campak di beberapa bahagian dunia.

Menurut WHO, seramai 40 juta kanak-kanak di merata dunia tidak mendapatkan suntikan vaksin penyakit campak tahun lalu.
 
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan