Jumlah kes harian COVID-19 di Jepun lepasi 3,000 buat julung-julung kali
Buat julung-julung kalinya, Jepun melaporkan lebih 3,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh sehari pada Sabtu (12 Dis), menurut penyiar berita negara Jepun, NHK.

(Gambar: Agensi berita)
TOKYO: Buat julung-julung kalinya, Jepun melaporkan lebih 3,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh sehari pada Sabtu (12 Dis), menurut penyiar berita negara Jepun, NHK.
Sebanyak 3,041 kes jangkitan baru dilaporkan, menurut NHK, di tengah-tengah kes COVID-19 yang kian meningkat semasa musim sejuk ini.
Sebanyak 621 kes dilaporkan di Tokyo.
Meskipun jumlah kes yang dilaporkan di Jepun tidak seburuk yang dilaporkan di Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah, ia tetap membimbangkan terutamanya di wilayah utara seperti pulau Hokkaido.
Sejauh ini, Jepun mencatatkan 2,588 kematian akibat virus korona itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.