Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes COVID-19 kanak-kanak dan warga tua AS terus melonjak

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 kanak-kanak dan warga tua AS terus melonjak

Orang awam menunggu giliran untuk menjalani ujian COVID-19 secara percuma di Washington DC pada 20 Disember 2021. (Gambar: Chip Somodevilla/Getty Images/AFP)

WASHINGTON: Jumlah kes pediatrik COVID-19 yang dimasukkan ke hospital berada pada paras tertinggi sejak pandemik itu melanda. 

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika, purata hampir 900 kanak-kanak dan belia yang berusia bawah 17 tahun dimasukkan ke hospital setiap hari. 

Namun, kadarnya adalah paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang berusia bawah empat tahun.

Golongan kanak-kanak tersebut masih belum layak untuk disuntik vaksin. 

CDC menjangkakan perangkaan itu akan terus meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. 

Sementara itu, rumah-rumah jagaan warga tua di Amerika juga melaporkan lonjakan dalam jumlah kes COVID-19. 

Pada minggu lalu sahaja, sekitar 32,000 kes jangkitan dikesan di kemudahan-kemudahan sedemikian. 

Menurut CDC, jumlah itu adalah hampir tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding bilangan kes yang dilaporkan pada bulan lalu. 

Lebih 600 kematian akibat jangkitan Omicron turut dilaporkan sepanjang tempoh tersebut, sekali gus menyebabkan sekatan-sekatan baru dikuatkuasakan.

Sumber : Agensi berita/AI/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan