Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes COVID-19 di Turki atasi China

Jumlah kes COVID-19 di Turki sudah melebihi bilangan di China, tempat bermulanya penularan virus penyakit itu. Turki setakat Ahad (19 Apr) mempunyai 86,306 kes berbanding 82,747 kes di tanah besar China.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 di Turki atasi China

Kerja-kerja pembasmian kuman di Grand Bazaar di Istanbul, Turki (Gambar fail: Reuters/Umit Bektas)

Diterbitkan : 20 Apr 2020 05:57PM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 06:01PM

ISTANBUL: Jumlah kes COVID-19 di Turki sudah melebihi bilangan di China, tempat bermulanya penularan virus penyakit itu.

Turki setakat Ahad (19 Apr) mempunyai 86,306 kes berbanding 82,747 kes di tanah besar China.

Bagaimanapun bilangan pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Turki masih jauh lebih rendah berbanding di China.

Bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang semakin bertambah, pemerintah Turki sedang membina hospital di landasan pesawat di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul.

Ataturk pernah menjadi lapangan terbang utama Turki tetapi ditutup kepada pesawat-pesawat awam setelah lapangan terbang baru dibuka di bandar ini.

Ia kini hanya digunakan bagi pesawat kargo dan penerbangan para pegawai pemerintah.

Bagaimanapun pembinaan hospital di sini dibantah Datuk Bandar Istanbul.

Menurut beliau lapangan terbang ini mungkin diperlukan bagi penerbangan sekiranya berlaku keadaan darurat besar seperti gempa bumi.

Awal bulan ini Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pembinaan dua hospital di lapangan bagi para pesakit COVID-19.

Hospital-hospital itu, katanya, akan siap dalam masa 45 hari.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan