Skip to main content

Dunia

Jumlah kes COVID-19 di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 'tidak membimbangkan'

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Pihak penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing melaporkan 45 jangkitan baru dalam kalangan kakitangan yang ada kaitan dengan Sukan Olimpik pada Jumaat (4 Feb). 

Namun, para penganjur menyatakan situasi masih terkawal dan kes-kes yang dikesan di antara "kumpulan tertutup". 

Kes jangkitan di dalam kalangan ada kaitan dengan Sukan Olimpik naik sebanyak 21 kes berbanding Khamis (3 Feb), manakala kes COVID-19 yang dikesan dalam kumpulan tertutup tersebut mencecah 19, berbanding dengan 7 kes yang dikesan pada Khamis.

Pihak pengajur Sukan juga menyatakan bahawa walaupun kes di dalam kalangan kumpulan tertutup itu turus meningkat, tiada sebab untuk dibimbangkan. 

Kumpulan tertutup itu membenarkan para atlit, pegawai dan media untuk bergerak antara tempat penginapan mereka dan kesemua tempat Olimpik, termasuk pusat media, hanya melalui pengangkutan rasmi. 

Mereka juga dilarang untuk meninggalkan kumpulan tertutup itu dan bergerak secara bebas di bandar sedang China cuba mengurangkan risiko penularan koronavirus daripada pengunjung asing semasa Sukan Olimpik tersebut. 

"Secara amnya, kami rasa situasi masih terkawal. Kes-kes COVID-19 di dalam kalangan kumpulan tertutup tidak merebak dan tidak memberi kesan kepada Sukan tersebut," kata Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Pandemik, Huang Chun. 

Setakat ini, terdapat lebih 350 jangkitan yang dikaitkan dengan acara sukan antarabangsa itu.

Di bahagian-bahagian lain China, sebanyak 27 kes baru COVID-19 disahkan, sepertiga daripadanya merupakan jangkitan tempatan. 

Sumber : Agensi berita/MM/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita