Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes COVID-19 di M'sia semakin naik

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 di M'sia semakin naik

Gambar Hiasan (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin meningkat, lapor Harian Metro. 

Sebanyak 24,316 kes baru COVID-19 dilaporkan di negara tersebut pada Khamis (24 Mac), berbanding 22,491 kes pada Rabu (23 Mac). 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berada di 4,079,242. 

Beliau berkata, seramai 25,512 pesakit sembuh pada Khamis (24 Mac), menjadikan 3,796,975 kes kumulatif atau 93.1 peratus.

"Daripada jumlah kes baru dilaporkan semalam, 297 adalah kes import.

"Terdapat 24,019 kes jangkitan tempatan," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat (25 Mac) yang dinukil Harian Metro. 

Menurutnya, seramai 321 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 194.

Daripada 24,316 kes harian yang dilaporkan semalam, 13,299 kes, atau 54.69 peratus, membabitkan pesakit Kategori 1, manakala kategori 2 sebanyak 10,865 kes, atau 44.68 peratus, dan Kategori 3 sebanyak 75 kes, atau 0.31 peratus. 

Sementara itu, terdapat 32 kes, atau 0.13 peratus, Kategori 4 dan 45 kes, atau 0.19 peratus, Kategori 5.

Empat kelompok baru COVID-19 dilaporkan pada Khamis (24 Mac), menjadikan jumlah kelompok di negara tersebut sejak bermula pandemik sebanyak 6,922, katanya, seperi yang dilaporkan Harian Metro. 

"Daripada jumlah keseluruhan kelompok di negara ini, jumlah kelompok yang sudah tamat adalah 6,671 dan jumlah kelompok aktif dengan kebolehjangkitan adalah 251," katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan