Skip to main content

Dunia

Jumlah kes COVID-19 di Australia semakin merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes COVID-19 di Australia semakin merosot

Keadaan di Sydney pada 11 Oktober 2021 selepas tamat tempoh 106 hari di bawah perintah berkurung. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

SYDNEY: Dua wilayah Australia yang paling teruk dilanda COVID-19, New South Wales (NSW) dan Victoria, pada Isnin (14 Feb) mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 terendah dalam 2022, menurut laporan Xinhua. 

NSW mencatat 6,184 kes baru COVID-19, dengan 14 kematian, merosot berbanding rekod terendah 6,686 kes, setakat ini yang dilaporkan pada Ahad (13 Feb). Namun, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital naik sedikit kepada 1,649. 

Wilayah jiran Victoria juga mencatatkan jumlah kes harian terendah buat tahun ini dengan sebanyak 7,104 kes baru dan dua kematian dilaporkan. Setakat ini, seramai 465 pesakit COVID-19 dirawat di hospital, turun daripada kemuncaknya lebih 1,000 pesakit di hospital pada lewat Januari. 

Sebagai wilayah yang paling teruk terjejas COVID-19, jumlah kes harian COVID-19 mencecah 92,264 pada 13 Januari selepas cuti Tahun Baru dan Krismas. Ia merosot kepada sekitar 10,000 kes pada awal Februari. 

Ketua Menteri NSW, Dominic Perrottet, berkata pada Ahad (13 Feb) bahawa wilayah itu sedang mengalami "peralihan" dan jumlah pesakit dirawat di hospital dan unit jagaan rapi (ICU) dalam landasan yang betul. 

Memandangkan kes COVID-19 semakin merosot, Victoria menarik balik amaran kecemasan "Kod Coklat" hari ini dan membenarkan pembedahan tidak penting untuk kembali dilakukan pada 50 peratus keupayaan biasa di hospital privet Melbourne dan sehingga 75 peratus di daerah Victoria. 

Rancangan "Kod Coklat" itu berkuatkuasa bulan lalu, ketika sistem hospital menghadapi tekanan akibat gelombang Omicron dan mengalami kekurangan pekerja akibat peraturan pengasingan diri. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita