Jumlah kes baru COVID-19 Korea Selatan jatuh ke paras terendah dalam 13 minggu
SEOUL: Jumlah kes baru COVID-19 yang dilaporkan di Korea Selatan pada Sabtu (21 Jan) merosot ke paras paling rendah dalam tempoh 13 minggu.
Demikian menurut penguasa kesihatan, seperti dilaporkan agensi berita Yonhap.
Sebanyak 27,654 kes baru COVID-19 dicatatkan, termasuk 85 kes import.
Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan kini berada pada 29,982,905, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Pemerintah Korea Selatan pada Jumaat (20 Jan) mengumumkan ia akan menarik balik peraturan pemakaian pelitup di kebanyakan ruang tertutup pada 30 Januari ini.
Orang ramai bagaimanapun masih perlu memakai pelitup semasa menaiki khidmat pengangkutan awam dan semasa berada di kemudahan perubatan.
Pemerintah Korea Selatan juga akan memantau kemasukan warga asing dengan teliti di tengah-tengah lonjakan pada kes jangkitan COVID-19 di China selepas Beijing menarik balik sekatan-sekatan ketatnya.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.