Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes baru COVID-19 di Saudi terus merosot bawah paras 2,000

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 di Arab Saudi terus merosot ke bawah 2,000 hari ini (16 Feb).

Sebanyak 1,793 kes baru COVID-19 dilaporkan di negara tersebut dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Saudi Gazette.

Dua kematian dilaporkan akibat komplikasi virus dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, seperti dinukil Saudi Gazette.

Ini membawa jumlah jangkitan yang dilaporkan di Saudi kepada 734,389, dan kematian akibat virus kepada 8,977. 

Seramai 3,207 pesakit beransur pulih dalam tempoh yang sama, membawa jumlah pesakit yang sudah pulih kepada 702,049, lapor Saudi Gazette lagi. 

Antara kes-kes aktif COVID-19, seramai 979 sakit tenat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan