Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes baru COVID-19 di Saudi semakin merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes baru COVID-19 di Saudi semakin merosot

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 23 Jan 2022 07:42PM Dikemas Kini : 24 Jan 2022 01:51AM

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 di Arab Saudi kekal di bawah angka 5,000 hari ini (23 Jan). 

Sebanyak 4,535 kes baru jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut laporan Saudi Gazette. 

Dua kematian akibat komplikasi berkaitan koronavirus dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi. 

Ini membawa jumlah kes jangkitan yang dilaporkan di Saudi kepada 652,354 dan kematian akibat virus kepada 8,920. 

Seramai 5,072 pesakit sudah pulih dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 599,834, seperti dipetik Saudi Gazette. 

Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 655 berada dalam keadaan tenat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan