Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes baru COVID-19 di Saudi jangkaui 3,000 buat hari ke-2 berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jumlah kes harian koronavirus di Arab Saudi melepasi angka 3,000 buat hari kedua berturut-turut, dengan 3,168 kes baru jangkitan dilaporkan pada Khamis (6 Jan), menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi. 

Dua kematian dilaporkan akibat komplikasi berkaitan virus tersebut dalam tempoh 24 jam yang lalu, seperti dinukil Saudi Gazette. 

Ini membawa jumlah kes jangkitan di Saudi kepada 568,168 dan kematian berkaitan virus itu kepada 8,888. 

Seramai 608 pesakit sudah pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh kini seramai 544,161, menurut kementerian itu, seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.

Antara kes-kes aktif COVID-19 yang dikesan, 117 daripadanya dalam keadaan tenat, menurut Saudi Gazette lagi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan