Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kes baru COVID-19 di China dijangka cecah 3.7 juta minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes baru COVID-19 di China dijangka cecah 3.7 juta minggu ini

Para pesakit COVID-19 di wad Hospital Tangshan Gongren di bandar Tangshan, timur laut China pada 30 Dis 2022. (Gambar: AFP/Noel Celis)

BEIJING: Bilangan kes harian baru COVID-19 di China diramalkan boleh mencecah rekod tertinggi 3.7 juta pada Jumaat (13 Jan), ketika negara itu bergelut dengan gelombang jangkitan berikutan penamatan dasar sifar COVID-19.

Demikian menurut laporan agensi akhbar Jerman (dpa). 

Menurut ramalan terkini syarikat analitik Airfinity yang berpangkalan di London, jumlah kematian boleh mencecah 25,000 kes sehari dalam tempoh 10 hari lagi.

Dianggarkan lebih setengah juta orang mungkin maut akibat jangkitan COVID-19 sejak awal Disember dan jumlah itu boleh meningkat kepada 1.7 juta menjelang akhir April.

Gelombang semasa dijangka berterusan sehingga Mac atau April.

Bagaimanapun, ramalan sukar dibuat kerana pihak berkuasa berhenti mengeluarkan data mengenainya. 

Airfinity meramalkan gelombang jangkitan akan memuncak pada awal Mac iaitu sebanyak 4.2 juta jangkitan baru setiap hari, terutamanya di kawasan luar bandar. 

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan