Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jumlah kerugian akibat banjir di M'sia tahun lalu cecah RM622.4 juta

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalami jumlah kerugian RM622.4 juta (S$188.5 juta) akibat bencana banjir di seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya tahun lalu berbanding RM6.1 bilion (S$1.8 bilion) pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Khamis (23 Feb). 

Dalam laporan Khas Mengenai Kesan Banjir di Malaysia 2022, jabatan itu memaklumkan kerugian RM622.4 juta (S$188.5 juta) tahun lalu adalah bersamaan 0.03 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP). 

Menurut jabatan itu, kajian itu bertujuan untuk menilai jumlah kerugian dan kerosakan akibat banjir tahun lalu termasuk nilai kerosakan aset dan infrastruktur awam, tempat tinggal, kenderaan, perniagaan dan premis industri.

Pecahan jumlah kerugian tahun lalu adalah terdiri daripada aset awam dan infrastruktur sebanyak RM232.7 juta (S$70 juta), tempat kediaman sebanyak RM157.4 juta (S$47 juta), pertanian sebanyak RM154.5 juta (S$47 juta), premis perniagaan sebanyak RM50.3 juta (S$15 juta), kenderaan sebanyak RM18.8 juta (S$6 juta) dan sektor pembuatan sebanyak RM8.7 juta (S$3 juta). 

“Dari segi tempat kediaman, Terengganu mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM84.2 juta (S$26 juta), diikuti Kelantan RM44.4 juta (S$13 juta) dan Kedah RM15.3 juta (S$4 juta) manakala kenderaan pula, Kedah mengalami kerugian tertinggi iaitu RM11.5 juta (S$3 juta),Terengganu sebanyak RM3.4 juta (S$1 juta) dan Kelantan sebanyak RM2 juta (S$602,442),” menurut kenyataan itu.

DOSM memaklumkan dalam sektor pembuatan, Terengganu mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM7.1 juta (S$2 juta) diikuti Kelantan sebanyak RM1.2 juta (S$361,465) dan Sabah sebanyak RM300,000 (S$90,366). 

Di samping itu, Terengganu turut mencatatkan jumlah kerugian tertinggi dalam sektor premis perniagaan iaitu RM25.3 juta (S$8 juta) diikuti Kelantan sebanyak RM18.3 juta(S$6 juta) dan Kedah sebanyak RM2.8 juta (S$843,496).

Kajian penilaian laporan khas itu dilakukan dari 8 Januari hingga 31 Disember tahun lalu melibatkan semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan