Jumlah kenderaan masuk Johor dijangka naik sehingga 15% sempena Tahun Baharu Cina
Jumlah kenderaan luar yang memasuki Johor dijangka meningkat antara 10 hingga 15 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina termasuk menerusi Koswe dan Linkedua.
Anggaran Waktu Membaca:

Koswe. (Gambar: Petikan dari video)
JOHOR BAHRU: Jumlah kenderaan luar yang memasuki Johor dijangka meningkat antara 10 hingga 15 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina termasuk menerusi Koswe dan Linkedua.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata peningkatan itu akan menyaksikan hingga 100,000 kenderaan memasuki negeri ini daripada semua laluan darat.
"Kita jangka memang akan ada kesesakan termasuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri tetapi kita telah menyediakan pegawai dan anggota mencukupi untuk mengurangkan kesesakan.
"Johor ini unik, selain 'kebanjiran' di lebuh raya kita juga fokus di kedua-dua pintu masuk BSI dan KSAB kerana 'kebanjiran' juga dijangka berlaku di dua lokasi ini namun tiada masalah, kita sudah bersiap siaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor Sempena Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kempas arah utara hari ini (27 Jan).
Encik Kumar berkata pihaknya telah mengenal pasti 49 lokasi kerap berlaku kesesakan dan 31 lokasi kerap berlaku kemalangan yang akan diberi tumpuan sempena perayaan ini.
"Kita telah mengatur gerak 1,767 orang melibatkan 208 pegawai dan 1,559 anggota meliputi pelbagai aspek penugasan termasuk 57 pegawai dan 579 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
"Tumpuan penguatkuasaan adalah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong Q, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu," katanya.
Pada 20 Januari lalu, Bernama melaporkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjangkakan aliran trafik tinggi di BSI dan KSAB bermula 24 Januari hingga 2 Februari sempena Tahun Baharu Cina ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.