Jumlah kenderaan dari SG ke Malaysia kembali seperti biasa susuli VEP
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslan Rahman/AFP
JOHOR BAHRU: Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) kembali seperti biasa, susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dilakukan secara berfasa bermula 1 Oktober lalu.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia selepas dua hari pertama pelaksanaan VEP menyaksikan penurunan jumlah kenderaan dari Singapura memasuki negara tersebut.
"Laporan harian yang diperoleh mendapati jumlah kenderaan Singapura yang masuk ke negara ini melalui laluan darat di Tambak Johor dan Linkedua kembali seperti biasa sebaik jaminan diberikan tiada tindakan saman dikenakan setakat ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor, di Ekoflora, di Johor Bahru pada Ahad (6 Okt), lapor Sinar Harian.
Sebelum itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112,658 tag identifikasi frekuensi radio (RFID) VEP kepada kenderaan persendirian dan komersial bernombor pendaftaran Singapura setakat 30 September lalu.
Daripada jumlah itu, 75,412 tag RFID sudah diaktifkan sejak pelaksanaan VEP di laluan darat Malaysia-Singapura manakala 37,246 tag lagi masih belum diaktifkan.
Sebelum ini, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Johor mendakwa menerima laporan jumlah pengunjung ke hotel mereka berkurangan khususnya di sekitar Johor Bahru.
Encik Loke berkata, setakat ini pihak kementerian tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk melaksanakan penguatkuasaan penuh.
Katanya, kementerian turut menyeru kepada pemilik kenderaan Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki dan keluar dari Malaysia.
"Kita menggesa vendor terlibat untuk memperbanyakkan lokasi pendaftaran bagi memudahkan lagi permohonan dan mengelakkan kesesakan.
"Kita tak boleh sediakan lokasi pendaftaran di Singapura, ini kerana pendaftaran ini bidang kuasa kita, melainkan ada kerjasama dengan syarikat di sana, itu biar vendor yang fikirkan," ujarnya, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.