Jumlah hujan 5 kali ganda daripada biasa punca KL banjir kilat
Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat di Malaysia. (Gambar fail: BERNAMA)
Rainfall amount five times the usual level behind flash floods in Kuala Lumpur
- Heavy to very heavy rain hit the Klang Valley on Sunday afternoon, Sep 20, with the highest reading of 155.5mm recorded in Lembah Keramat as of 5.30pm.
- Kuala Lumpur mayor Fadlun Mak Ujud said the amount was more than five times the usual level of about 30mm.
- Upstream catchment areas such as Ampang, Empangan Klang Gates and Lembah Keramat received considerable rainfall, triggering flash floods in Kuala Lumpur and nearby areas.
- Media reports said floodwaters rose in Ampang, Taman U-Thant and Jalan Ampang, causing water to pool on main roads and disrupting the movement of road users.
- Hujan lebat hingga sangat lebat melanda Lembah Klang pada petang Ahad, 20 Sep, dengan bacaan tertinggi 155.5 mm di Lembah Keramat hingga 5.30 petang.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud berkata jumlah itu lebih lima kali ganda daripada keadaan biasa sekitar 30 mm.
- Kawasan hulu tadahan seperti Ampang, Empangan Klang Gates dan Lembah Keramat menerima hujan ketara, mencetuskan banjir kilat di Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.
- Media melaporkan Ampang, Taman U-Thant dan Jalan Ampang dinaiki air, menyebabkan laluan utama bertakung dan pergerakan pengguna jalan raya terjejas.
PUTRAJAYA: Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada petang Ahad (20 Sep) menyebabkan jumlah hujan terkumpul mencecah 155.5 milimeter (mm), lebih lima kali ganda berbanding kebiasaannya kira-kira 30 mm.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud berkata cerapan yang dilaksanakan pada petang Ahad mendapati hujan lebat sehingga sangat lebat melanda sekitar Lembah Klang, terutamanya di kawasan hulu tadahan di Ampang, Empangan Klang Gates dan Lembah Keramat, Selangor.
Ini menyusuli kejadian banjir kilat yang melanda sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran pada Ahad.
“Rekod bacaan hingga 5.30 petang, jumlah hujan terkumpul yang tertinggi, iaitu di Lembah Keramat ialah 155.5 mm, keadaan hujan biasa ialah 30 mm,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Media melaporkan hujan lebat yang melanda ibu negara itu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antaranya Ampang, Taman U-Thant dan Jalan Ampang, sekali gus menjejas pergerakan pengguna jalan raya.
Situasi itu turut menjejas beberapa laluan utama apabila air bertakung di atas jalan raya sehingga memaksa pengguna memperlahankan kenderaan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.