Jumlah gajah di M'sia makin kurang dek hilang tempat tinggal akibat pertanian, pembangunan
Memburu dan pembasmian hutan mewujudkan konflik haiwan-manusia tetapi masih ada harapan untuk gajah-gajah itu. Ia boleh hidup bebas di hutan lindung atau kawasan khas di Kuala Gandah.

Gajah-gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah di Pahang.
PAHANG: Jumlah gajah di Malaysia semakin berkurangan kerana kehilangan tempat tinggal akibat pertanian dan pembangunan.
Gajah-gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah tidak ada pemangsa yang diketahui. Namun, ia semua tidak lagi boleh hidup bebas di belantara semenanjung Malaysia.
Memburu dan pembasmian hutan mewujudkan konflik haiwan-manusia tetapi masih ada harapan untuk gajah-gajah itu. Ia boleh hidup bebas di hutan lindung atau kawasan khas di Kuala Gandah.
Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah di bahagian tengah Malaysia ditubuhkan pada 1989.
Ia menempatkan 31 ekor gajah Asia yang cedera atau ditinggalkan kerana menghadapi cabaran untuk bertakat.
Disebabkan kawasan tempat tinggal haiwan itu semakin berkurangan akibat pembangunan manusia, gajah-gajah kini terpaksa mencari makan dan minum di ladang-ladang tanaman dekat dengan petempatan penduduk.
Akibatnya berlaku konflik antara manusia dengan gajah sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian di kedua-dua pihak.
Ini meskipun gajah Asia dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar Malaysia, jumlah gajah kini semakin terancam.
Kini terdapat kurang daripada 1,100 ekor gajah Asia di seluruh Semenanjung Malaysia – kurang 20 peratus berbanding jumlahnya 30 tahun lalu.
“Terdapat kawasan-kawasan yang dibuka sebagai ladang-ladang, di mana tempat ini adalah habitat asal, kawasan di pinggir hutan, ini menimbulkan konflik antara manusia dan gajah-gajah itu sendiri," kata Mohd Zainuddin Busrah, Penolong Pegawai Hidupan Liar Perhilitan, KGNECC.
"Ini menyebabkan kerugian dari segi kos. Bila tanaman dimusnahkan, penduduk yang duduk di pinggir-pinggir hutan merasa terancam. Bila terdapat konflik, pihak jawatan perlu buat sesuatu sama ada kita akan pindahkan gajah tersebut ke habitat yang lebih selamat," ujarnya.
Namun, usaha memindahkan haiwan yang paling besar di darat ini bukan usaha mudah.
Gajah-gajah liar juga perlu tunjuk ajar gajah-gajah terlatih yang patuh kepada arahan manusia yang melatihnya.
Sejak program pemindahan dimulakan pada 1974, lebih 600 ekor gajah atau separuh jumlahnya telahpun dipindahkan ke kawasan-kawasan simpanan.
Ini membantu konflik antara manusia dengan gajah kerana hidupan liar bebas bergerak di taman hutan simpan yang luas.
Bagaimanapun menurut beberapa pakar hidupan liar, gajah-gajah liar boleh dipindahkan tetapi sukar untuk pastikan ia tidak menyasar ke tempat lain.
Dalam usaha mencari makan, gajah sering tersasar ke kawasan petempatan manusia.
Apa yang pasti, dengan meningkatnya kesedaran dan pemahaman, adalah diharapkan usaha memulihara hidupan liar seperti gajah di Malaysia akan berjaya akhirnya kelak.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.