Julai merupakan bulan paling panas dalam rekod seluruh dunia
Julai merupakan bulan paling panas yang pernah dicatatkan di seluruh dunia, menurut sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat pada Jumaat (13 Ogos), dalam data terkini untuk menimbulkan keprihatinan terhadap krisis iklim.
(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Julai merupakan bulan paling panas yang pernah dicatatkan di seluruh dunia, menurut sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat pada Jumaat (13 Ogos), dalam data terkini untuk menimbulkan keprihatinan terhadap krisis iklim.
"Julai biasanya bulan paling panas di merata dunia, namun suhu pada Julai 2021 adalah tertinggi yang pernah dicatatkan," kata Rick Spinrad, pentadbir bagi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA).
"Rekod baru ini menambah kebimbangan tentang kesan perubahan iklim kepada bumi," kata Spinrad dalam satu kenyataan yang menukil data dari Pusat Nasional Bagi Maklumat Sekitaran (NCEI).
Menurut NOAA, suhu darat dan permukaan laut adalah 0.93 darjah Selsius melebihi purata suhu abad ke-20 iaitu 15.7 darjah Selsius, menjadikannya bulan Julai paling panas sejak rekod dicatatkan 142 tahun lalu.
Suhu pada bulan itu adalah 0.02 darjah Fahrenheit lebih tinggi daripada rekod sebelumnya yang ditetapkan pada Julai 2016 yang dicatatkan sekali lagi pada 2019 dan 2020.
Walau bagaimanapun, menurut data yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah, bulan lalu adalah Julai ketiga paling panas di seluruh dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.