Juara dunia luncur ais disahkan antara mangsa nahas American Airlines
Beberapa atlit sukan luncur ais disahkan terlibat dalam nahas helikopter dengan pesawat penumpang di Washington pada Rabu (29 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Beberapa atlit sukan luncur ais disahkan terlibat dalam nahas helikopter dengan pesawat penumpang di Washington pada Rabu (29 Jan).
US Figure Skating, badan yang menyelia sukan itu di Amerika Syarikat, mengesahkan beberapa ahli mereka berada dalam pesawat American Airlines yang bertembung dengan sebuah helikopter pada Rabu malam.
Mereka yang terlibat termasuk atlit, jurulatih sukan luncur ais dan ahli keluarga mereka yang dalam perjalanan pulang dari menghadiri Kem Pembangunan Nasional, iaitu sebuah acara yang diadakan bersama Kejohanan Luncur Ais Amerika Syarikat di Wichita, Kansas, lapor CNN.
Dalam satu kenyataan rasmi, US Figure Skating menzahirkan kesedihan terhadap nahas yang berlaku dan mengutuskan takziah kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, media Rusia TASS melaporkan dua peluncur ais yang merupakan jaguh dunia negara itu turut berada dalam pesawat berkenaan.
Sebelum ini, lebih 30 mayat dilaporkan telah ditemui di Sungai Potomac menyusuli nahas antara pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Amerika Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC pada Rabu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.